sedang aku mengelamun sambil memikirkan esaimen bro ajis, pensyarah yang sudah kacip dengan aku, aku mengimbau kenangan ketika zaman sekolah dahulu. kata orang zaman baru mengenal mandi wajib. setiap minggu ada saja yang sebut "jap la aku belum mandi wajib lagi ni". aku geleng kepala. setiap kali masuk ke tandas, ada sahaja 'kahak' yang diludah ke dinding. tak kira sekolah agama semua sama sahaja. bukan cerita itu yang aku nak imbaukan. itu sekadar latar belakang serba sedikit mengenai zaman persekolahan.
imbauan aku mengenai kesyaitanan yang aku sendiri tidak pasti dari mana aku terjangkiti. iaitu mengganggu orang solat. seingat aku ia berlaku selepas prep malam. pelajar ke surau untuk solat isyak. seperti biasa aku sering lewat ke surau. bukan apa, sibuk menolong gadis gadis yang lemah matematik dan fizik. aku pun hairan benda senang macam tu pun tak boleh setel. nak kena aku juga tolong. dan atas sebab kelewatan itu, aku dikira masbuk kerana imam sudah pun mementingkan dirinya untuk mengejar donut di dewan makan. aku dan beberapa orang rakan masuk untuk join imam tersebut yang baru sujud. tiba tiba aku terpandang member aku dalam saf sedang sujud juga. aku ready kaki aku di belakangnya sambil jari kaki aku naikkan ke atas. ketika imam "allahu akbar", bangun dari sujud, member aku pon "allahu akbar" lebih kuat dari imam tadi. gara gara juburnya tersula dek kaki aku. akibatnya, satu saf batal mengekek.
bila fikir fikir balik, betapa besarnya dosa aku. bukan seorang, satu saf batal. tapi itulah, dah namanya budak sekolah, matangnya tetap matang sebagai budak sekolah. celakanya sentiasa ada untuk pedajal orang. mujur aku sudah tamat zaman itu, dan kini aku fokus mengejar cita cita aku untuk menjadi genius seperti bro ajis.
p/s: aku cerita bukan untuk bangga dengan aku punya celaka, aku cerita untuk kau kupas moralnya.

No comments:
Post a Comment