pepatah perigi mencari timba ini baru akui kebenarannya pada hari ini. tetapi memandangkan ia berlaku pada diri aku, maka lebih afdhal untuk aku gelar perigi mencari pria. untuk lebih tinggi maqamnya, pria terhebat. aku lah tu siapa lagi. kisah bermula apabila aku berjalan jalan di sebuah jalan yang digelar jalan biawak. malah ada setengah orang menggelarnya jalan komodo kerana populasi binatang tersebut sangat banyak. malah diriwayatkan, seorang pelajar hampir putus kakinya ditokak tiga ekor biawak. sejauh mana kesahihannya, wallahualam. aku yakin seyakin yakinnya, di dalam tasik berhampiran jalan itu, terdapat bujang senang.
bukan binatang itu yang aku nak ceritakan disini. ini cerita pasal perigi. ya, perigi yang mencari pria tadi. aku tak tahu kat mana hensemnya aku sampai tergamak dia mengajukan soalan yang sepatutnya aku tanyakan ke mana mana gadis yang aku berkenan. "dah ada awek?". fuhh, aku cuba tenangkan diri untuk hendel soalan soalan begitu. "ada, setakat ni tiga orang" selamba aku jawab. bila fikir balik, jawapan itu boleh diklasifikasikan sebagai jawapan IQ rendah. dan ia sangatlah sesuai untuk IQ si perigi.
ahh aku dah bosan menulis. kepada perigi perigi sekalian, usah dirisau diri tak dipedulikan. sampai masa kerajaan naikkan harga air, bersepahlah orang mencari kalian. kah kah kah.
No comments:
Post a Comment