Sunday, November 17, 2013

expect the unexpected

(saya suka makan tom yam, nasi putih beserta telur dadar di kedai makan)

“untuk tidak membuang masa, kita menjemput Nora Danish untuk memberikan komen…”

laungan pengacara memecah kesunyian dewan. hampir 500 penonton di dalam dewan bertepuk tangan dan bersorak untuk menambah kemeriahan malam minggu di kota Shah Alam.

“Dupp!!”…
tetiba aku terasa sakit di kepala. Aku lihat dinding putih sudah pun berada di hadapanku. Kepalaku terhantuk pada dinding. Lalu aku bingkas bangun dan duduk di penjuru katil.

Jam pada hensetku menunjukkan jam 7.30 malam..aku terlelap sampai maghrib..padan muka aku sebab dulu mak dah pesan jangan tidur waktu petang..balasannya,dah kena sebijik kat kepala..

aku bingkas bangun dan mencapai tuala…aku sempat lagi menoleh pada kawanku yg sedang khusuk mengadap laptop…rupa-rupanya bunyi tepukan dan sorakan gemuruh tadi datangnya dari rancangan Maharaja Lawak Mega yg kawan aku duk tgh layan ni..

aku bisik dalam hati…“bodoh !!..bukannya nak kejut aku..”

…………………………………………………………………

setelah selesai mandi dan solat magrib, hujan turun dgn lebatnya.. aku berhajat ingin ke mesin atm untuk mengeluarkan wang kerana duit poketku sudahpun kosong…

aku mencapai sekaki payung hitam yang aku di Mydin Mall tempoh hari dan keluar dari bilik...

belum sempat aku buka payung tadi…dengan serta mertanya,hujan pun berhenti..situasi ini mengingatkan aku pada cerita anime doraemon dan naruto yg aku selalu tngok pada masa dahulu kala..well,sungguh dahsyat!!

dalam kegelapan malam..berjalanlah aku bersama payung hitam tadi dalam keadaan tidak hujan...
bukan aku sorang jer yg kelihatan dungu macam ni..tetapi ramai lagi yg berpewatakan bawak payung pada hari tak hujan termasuk lah awek2 dan lelaki2 macho....tapi payung mereka tidaklah sebesar payung aku..huihhh..

maka dalam hatiku bergaduh sendiri
"apelah guna payung ni !!"

tapi ada function payung aku bawak malam ni...jalan di kawasan ni banyak bertakung air dek kerana strukturnya yg meyimpan air...dalam keseorangan aku berjalan tu...ada jgk la pemandu kenderaan tak bertauliah sengaja atau tidak sengaja memecut laju di kawasan air yg bertakung tadi..kebetulan pula aku yg berada disitu mmg cpt2 macam ninja bukak payung tadi...puihhhh

okey...mmg tak berapa sedap cerita aku..

sampai jer kat bilik...aku terus simpan payung tadi sebab aku dah bosan pgg menatang tu...aku terus menuju ke kedai makan kerana kawanku dah lama menunggu kat sana..

sambil menunggu makananku sampai...aku terdengar carutan yang dah biasa aku dengar..

"wuuu....wuuu...besar tetek awek tu..."

"mana? mana?"

"tu...yang pakai baju oren tu..."

"ooo...biasa jer"

jawapan selamba aku jelas membuat kawan aku kecewa dan bermasam muka..aku pun tak paham manusia zaman sekarang ni...dengan aku2 sekali terjebak kelembah carutan ni...astagfirullah

setelah selesai makan2 dan bayar...maka, dengan tiba2 macam cerita anime naruto dan doraemon tadi..hujan turun dengan lebatnya...haishh..aku ingat hujan dah takkan turun..waktu ni la aku rasa rugi tak bawak payung tadi...kebodohan teserlah...

awek td pun dah blahh awal...nampak sgt pahala carutan dan umpatan kami tadi dah sampai kat dia...
buat awek yg pakai baju oren tadi...maafkan kami dan tutupilah senjatamu...

dengar guruh dilangit
air dalam tempayan dicurahkan

assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment