Sunday, November 24, 2013

pengsan

dada aku berombak kencang. tapi tidak sekencang larian kuda mahupun tiupan taufan katrina. kencang ala ala husin bot selesai berlari seratus meter sambil menjelir lidah ke arah kamera ketika berada di penghujung lariannya. aku penat. aku mengah. aku lelah. serius aku pancit. aku tak larat mengharung jalan sepanjang 2 km untuk ke kelas. ini aku, bukan engkau. kau nak jalan 50 km pun tak mampu buat aku sujud ke engkau.

sampai sahaja di bilik, aku buka baju. sambil duduk menyandar ke loker, aku ketuk ketuk rokok john yang baru di beli. aku tak tahu apa tujuannya. ilmu itu aku dapat secara tidak formal melalui pemerhatian aku. setiap orang yang beli rokok baru, pasti akan membuat hal yang sama. siapa gurunya, tiada masa aku bertanya. perkara itu berulang ulang lalu menjadi kebiasaan. aku tarik keluar sebatang. aku seluk poket mencari lighter. poket kanan aku raba, tiada. poket kiri, babi. tiada juga. aku bingkas ke meja aliq. mujur ada. aku kembali ke loker. aku petik petik. haram. gas habis. fuck. carutan kedua keluar dari mulut aku. yang pertama tadi babi. ahh pandai pandailah kau kira sendiri. aku keluar bilik menuju ke bilik membe aku. "carik lighter ke?" tanya seorang mamat yang sedang merokok di tangga. "cane tau?" aku menyoal seperti budak sekolah. dia memuncungkan bibir ke arah tangan aku. "ohh" aku baru perasan rokok tadi ada kat tangan aku. begitulah keprihatinan para perokok terhadap perokok perokok lain. seperti ada satu kimia yang membuatkan kami ramah sesama perokok. aku mula kagum kepada perokok. selesai menyalakan rokok,
aku sempat menghulurkan beberapa keping not 10 ringgit.

aku masuk semula ke dalam bilik. seperti tadi, loker menjadi tempat aku bersandar. aku sedut perlahan lahan rokok aku. sebelum sempat aku hembus keluar asap tadi, aku sedut lagi untuk sedutan kedua. aku hisap dan hisap dan hisap dan hisap. aku melayan fikiran aku. kemudian aku tarik keluar lagi sebatang. aku rapatkan kedua dua hujung rokok. bertujuan untuk menyalakan sebatang lagi. setelah menyala, aku hisap kedua dua batang sekali. fikiran aku melayang kembali. aku memikirkan sesuatu. "kenapa aku bagi dia duit ea tadi?". aku semakin tertekan apabila mengingati perkara itu. akhirnya aku pengsan.

No comments:

Post a Comment