Tuesday, April 1, 2014

down teruk

pernah tak engkorang rasa down sampai tahap nak bunuh diri? mesti pernahkan? pasal engkorang tak secerdik aku sampai terfikir perkara perkara yang mengenepikan hukum Tuhan . aku paling paling koman pun rasa macam nak lepak tepi pantai je biar muka basah dek ombak sampai bila bila . tapi bila di fikir semula , bangang jugaklah . bila masa aku nak sembahyang? bila masa aku nak usha makwe? (pantai jembal takde makwe pakai bikini. woha). bila masa aku nak makan . hmm tak boleh jadi tak boleh jadi .

sebenarnya aku tengah down dengan pengaturcaraan 2 ni . tak payah terkejut sangat lah aku lulus programming 1, babi . tu pun cukup makan je . dah lah kelas hambar . satu mende aku tak paham . kelas pagi pagi buta . laki ciput macam gampang . ahh semua serba tak kena .

yang paling buat aku down time aku menaip ni rumet aku , sarawak suruh tutup tingkap pasal nyamuk banyak . yang dia sibuk main fifa . babi . babi . kalau orang lain takpe lagi . 

Sunday, March 30, 2014

separa sedar

(apabila baca status manusia kat facebook dan twitter)

argghh...hari ni mood aku nak bantai kebodohan orang lain jer
ramai lagi rupanya yang sebodoh dengan aku bahkan lebih bodoh aku rasa..kiranya aku lagi cerdik mungkin..maka dengan itu aku off kan mood kebodohan itu.. system.exit(0);

dengan itu..mari kita selami sedikit ritual dalam citer hantu sensasi Insidious arahan James Wan yang khabarnya dilahirkan di Sarawak tapi jika kamu semua cari dalam wikipedia, dia mempunyai kewarganegaraan Australia..(tak ngap sayot makan kek lapis Sarawak la)..

okey kita sambung ritual tadi di mana si mangsa duduk atas kerusi berdepan dengan makcik ala2 tok bomoh mat salleh...tok moh tu mengarahkan si budak tadi untuk mendengar bunyi tik tok macam jam randik dengan teliti dan fokus pada center of his brain..amboihh..pastu viola!!..budak tu dah masuk ke dimensi lain di mana dia boleh mengawal roh dalam badannya..

aku tak pasti lah tok bomoh tu guna ilmu ape tp aku pun nak rasa jgk macam tu tapi dengan tujuan yang berbeza sikit...(masa aku tulis ayat ni tuala yg aku sangkut tetiba terjatuh, mode: seram)..

berbalik kepada tujuan aku nak masuk ke dimensi lain tadi adalah untuk pergi mengintip orang2 yang aku cakap bodoh pada awal td...disebabkan bantai depan2 melalui air liur atau social network adalah terlalu mainstream, jadi mungkin cara baru yang aku cuba nak buat ni sedikit berhasil agaknya...niat aku adalah nak bagi orang bodoh jadi bijak..tak salah kan..cuma cara yang mensyirikkan..hahaha..

dah la...nampak sangat aku pulak yang bodoh kat sini..
mode bodoh : on


Sunday, January 12, 2014

aturcara celaka

aku melihat kerenah manusia pulang ke kampung halaman dengan perasaan yang aku sendiri tidak pasti bagaimana rasanya. kecewa? tidak. sedih. pun tidak. kerana dari sekolah lagi aku sudah biasa dengan keadaan sebegini. malah, pertama kali aku menjejakkan kaki ke bumi umt ini, aku datang menaiki bas transnasional. berdua dengan abang aku. mengapa transnasional? kerana bas ini aku paling yakin untuk keluar sebagai manusia dan bukannya keluar keluar sudah tercampak ke syurga, neraka? minta dijauhkan. dengan kata mudah, bas ni jarang eksidenlah.

baru sebentar tadi aku berjaya menghabiskan dua jam di dalam dewan menjawab pengaturcaraan. satu subjek yang agak celaka kerana aku rasa aku telah menghabiskan tiga hari menatap subjek ini. kesudahannya, masih lompong sana, kosong di sini. sehinggakan peyon, budak belakang aku tergamak bertanya "kau jawab tak? aku tengok kau macam tak jawab je." ikutkan hati, di situ juga aku tinju dia. tapi setelah di fikir akan buruk baiknya, di kira kira besar lengannya, aku diam sahaja.

tapi itulah, aku fikir  tiada siapa yang tersangkut seperti aku. rupa rupanya setelah diumumkan berakhirnya waktu, aku lihat ramai yang geleng kepala. ada yang sembunyikan gundah dengan ketawa. ada yang terus direct bagi celaka. macam macam gelagat aku lihat.

syukur. aku punya teman. jumpa sem tiga kawan kawan. kah kah kah.

Sunday, January 5, 2014

subuh

terasa sesuatu merayap di leher aku ketika mana aku sedang nyenyak di buai mimpi. memandangkan aku sangat sensitif dengan benda benda merayap ni, aku pantas duduk lalu mencari gerangan apakah yang memperkosa leher aku sebentar tadi. aneh. tiada sebarang apa yang boleh dijadikan suspek. malah tiada seorang alibi yang nampak perkara itu berlaku. aku tak sedap hati. aku jengah ke tepi katil. tiada. aku raba leher aku. juga tiada. aku kirai gebar aku untuk memastikan tiada makhluk yang menghabitat di situ. tiada juga. yang ada cuma seekor burung bertuankan aku. ahh cuma mainan tidur. aku sedapkan hati. aku capai henset aku. 5.50 pagi. subuh rupanya. aku bersangka baik dengan tuhan. mungkin itu metodnya untuk aku bangun menunaikan kewajipan. aku terima. aku akur.  syukur. sekurang kurangnya subuh aku terpelihara. usai, aku kembali tidur.

Wednesday, December 18, 2013

winter krisis

(buku tebal menggunung,dompet nipis menyemut)

aku bukan guna duit untuk beli buku2 tebal
aku bukan lenyek dompet menggunakan buku tebal2
aku bukan buang duit dalam dompet dan letak di celah2 buku

habis tu??

sekarang ni dan sampai musim winter..eh, musim final exam untuk semester satu aku disini
dan masa ni la semua pakat dok cari buku2...duk pinjam buku2..duk curi buku2...dan sebagainya.
buku tebal2..note berlipat-lipat...ini semua poyo

dan kenapa dompet nipis menyemut...??

maka almaklumlah...nak habis sem ni mesti duit piti piti end dari empat angka menjadi dua angka...hahaha
dan masa study week ni lah masa perut aku nak rasa semua makanan atas muka bumi ni...adohai..
dan juga secara biologically..makanan dalam perut manusia akan jadi kecut pada musim sejuk dan meyebabkan permintaan bekalan makanan yang tinggi...ini aku tak tahu kesahihannya..huhu
dan semut pun xnak duk dalam dompet aku dahh...

dan dengan itu...sama2 kita perah otak..sama2 kita bertawakkal kepada Allah..

Assalamualaikum..

Sunday, November 24, 2013

pengsan

dada aku berombak kencang. tapi tidak sekencang larian kuda mahupun tiupan taufan katrina. kencang ala ala husin bot selesai berlari seratus meter sambil menjelir lidah ke arah kamera ketika berada di penghujung lariannya. aku penat. aku mengah. aku lelah. serius aku pancit. aku tak larat mengharung jalan sepanjang 2 km untuk ke kelas. ini aku, bukan engkau. kau nak jalan 50 km pun tak mampu buat aku sujud ke engkau.

sampai sahaja di bilik, aku buka baju. sambil duduk menyandar ke loker, aku ketuk ketuk rokok john yang baru di beli. aku tak tahu apa tujuannya. ilmu itu aku dapat secara tidak formal melalui pemerhatian aku. setiap orang yang beli rokok baru, pasti akan membuat hal yang sama. siapa gurunya, tiada masa aku bertanya. perkara itu berulang ulang lalu menjadi kebiasaan. aku tarik keluar sebatang. aku seluk poket mencari lighter. poket kanan aku raba, tiada. poket kiri, babi. tiada juga. aku bingkas ke meja aliq. mujur ada. aku kembali ke loker. aku petik petik. haram. gas habis. fuck. carutan kedua keluar dari mulut aku. yang pertama tadi babi. ahh pandai pandailah kau kira sendiri. aku keluar bilik menuju ke bilik membe aku. "carik lighter ke?" tanya seorang mamat yang sedang merokok di tangga. "cane tau?" aku menyoal seperti budak sekolah. dia memuncungkan bibir ke arah tangan aku. "ohh" aku baru perasan rokok tadi ada kat tangan aku. begitulah keprihatinan para perokok terhadap perokok perokok lain. seperti ada satu kimia yang membuatkan kami ramah sesama perokok. aku mula kagum kepada perokok. selesai menyalakan rokok,
aku sempat menghulurkan beberapa keping not 10 ringgit.

aku masuk semula ke dalam bilik. seperti tadi, loker menjadi tempat aku bersandar. aku sedut perlahan lahan rokok aku. sebelum sempat aku hembus keluar asap tadi, aku sedut lagi untuk sedutan kedua. aku hisap dan hisap dan hisap dan hisap. aku melayan fikiran aku. kemudian aku tarik keluar lagi sebatang. aku rapatkan kedua dua hujung rokok. bertujuan untuk menyalakan sebatang lagi. setelah menyala, aku hisap kedua dua batang sekali. fikiran aku melayang kembali. aku memikirkan sesuatu. "kenapa aku bagi dia duit ea tadi?". aku semakin tertekan apabila mengingati perkara itu. akhirnya aku pengsan.

Tuesday, November 19, 2013

yang pergi takkan kembali

(Kematian akan mengejar siapapun meski ia berlindung di balik benteng yang kukuh atau berlindung di sebalik teknologi yang canggih serta ratusan doktor terbaik yang ada di muka bumi ini)

tanggal 18 November 2013


satu lagi kisah yg telah terpalit dalam lipatan sejarah hidupku..mungkin peristiwa ini akan kekal dalam ingatan aku untuk jangka masa yg agak lama ataupun untuk selama-lamanya


pada 2 september yang lalu...aku telah pertama kali melangkah ke alam universiti di mana tempat yg aku berada sekarang. Berbekalkan result matrikulasi yg sekadar cukup2 makan...aku ditawarkan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Terengganu dalam jurusan Computer Science with Maritime Information..mungkin ramai masyarakat diluar sana tidak pernah dengar program yg aku dapat ini kerana ianya merupakan satu program yg baharu sehinggakan universiti2 di luar negara pun tidak pernah menawarkan course ni di universiti mereka


sape2 yg pernah datang ke UMT ataupun mendengar kisah2 abg kakak pasti akan tahu akan lokasi universiti ini berada...universiti ini berada betul2 bersebelahan pantai tok jembal dan berhadapan dengan universiti sultan zainal abidin ataupun ringkasannya UNISZA..


cukuplah itu sekadar intro aku untuk memperkenalkan tempat aku menyambung status pengajian sebagai mahasiswa...


setelah selesai mendaftar di sini..aku terus menuju ke asrama dan mencari bilik kepunyaan aku..pada masa itu masih segar dalam ingatan aku yang aku orang kedua yg merasmikan bilik kecil itu..pada mulanya aku agak terkejut dengan keluasan bilik yg aku dapat..half dari bilik kat matrik dan katil double deck


dependekkan cerita..aku mendapat 2 orang roomate yg berasal dari negeri kelahiran aku dan seorang dari selatan tanah air..penghuni katil atas aku merupakan orang kelantan sama macam aku..pada awalnya aku mmg rapat dgnnya memandangkan kami dari satu negeri dan memudahkan pertuturan dan bual bicara..


namun pada hari sabtu 9 Nov yg lepas aku dikejutkan dengan berita kemalangan roomate aku yg juga penghuni katil di atas aku..kecederaannya agak serius dan menyebabkan koma selama seminggu lebih..sebelum kemalangan tu berlaku..aku agak jarang berbual dengannya kerana kami bukan dari satu course mahupun fakulti yg sama..dia pun agak busy dengan mid sem test dan assignment yg berlambak...


setelah 9 hari koma di icu hospital sultanah nur zahirah kuala terengganu, roomate aku kembali ke rahmatullah pada jam 8.45 pagi hari isnin 18 November 2013....peristiwa yg amat menyedihkan bagi diriku ini akan tetap terpahat dalam ingatan....inilah kali pertama orang yg amat dekat denganku pergi secara tiba2...wajahnya akan sentiasa dalam memori duka diriku..


aku tak sempat memohon maaf dari dirinya...hanya doa dariku agar ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman...


"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (QS, Luqman 31:34)

"Seorang mayit dalam kuburnya seperti orang tenggelam yang sedang minta pertolongan. Dia menanti-nanti doa ayah, ibu, anak dan kawan yang terpercaya. Apabila doa itu sampai kepadanya baginya lebih disukai dari dunia berikut segala isinya. Dan sesungguhnya Allah 'Azza wajalla menyampaikan doa penghuni dunia untuk ahli kubur sebesar gunung-gunung. Adapun hadiah orang-orang yang hidup kepada orang-orang mati ialah mohon istighfar kepada Allah untuk mereka dan bersedekah atas nama mereka." (HR. Ad-Dailami)